ASAS MEMBINA BLOG SIRI 2 - MEMBINA BLOG DAN MENAMAKAN BLOG
1. Sila LOG IN ke www.blogger.com
2. Klik pada “New Blog”
3. Masukkan Tajuk Blog anda pada ruangan “Title”.
# Anda boleh
menggunakan nama anda sendiri sekiranya anda ingin membina blog peribadi
# Anda boleh
menggunakan nama syarikat sekiranya anda ingin membina blog perniagaan
# Anda boleh
menggunakan apa-apa nama yang berkaitan dengan artikel yang akan anda tulis
dalam blog anda.
Tips
memilih alamat blog
Pastikan
alamat blog yang anda pilih belum pernah digunakan atau didaftarkan oleh orang
lain. Sekiranya alamat blog tersebut telah didaftarkan, teks “Sorry, this blog address is not available” akan
dipaparkan di bahagian bawah alamat yang anda isikan. Sila buat pertukaran
alamat blog sehingga anda menemui alamat blog yang belum didaftarkan dan teks “This blog address is available”
*Anda boleh
menggunakan nama blog anda sebagai alamat blog dan pastikan tiada “SPACE” di antara setiap perkataan. Cth: pendapatanonlinemalaysia.blogspot.com
ATAU
* Anda boleh
menggunakan nama blog anda sebagai alamat blog DENGAN memasukkan “-“untuk memisahkan setiap perkataan. Cth: pendapatan-online-malaysia.blogspot.com
Tahniah! Anda telah berjaya membina tapak webblog anda di Blogger.com. Ini bermakna anda
telah memulakan langkah asas ang kedua dalam membina blog. Saya harap anda terus brsemangat dalam membina blog perniagaan anda. Seterusnya saya akan menunjukkan bagaimana menulis dan melihat paparan blog anda buat kali pertama.
Sekiranya anda telah bersedia, sekarang kita beralih pula ke topik Asas Membina Blog Siri 3.
Admin,
www.ramzibakri.com



0 comments:
Post a Comment