Apakah BLOG? Persoalan ini sering diajukan kepada saya
setiap kali saya bercerita serba sedikit topik yang berkait rapat dengan dunia
ICT. Saya sedaya mungkin cuba memberikan jawapan yang paling mudah dalam
menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan BLOG. Sehinggalah saya boleh membina
satu ayat paling ringkas dan mudah untuk difahami oleh semua orang tanpa
mengira tahap pengetahuan mereka dalam dunia ICT. Ayat tersebut adalah ‘DIARI
ELEKTRONIK’. BLOG dalam bahasa paling mudah boleh kita istilahkan sebagai ‘DIARI
ELEKTRONIK’
Pada asalnya perkataan BLOG sendiri adalah berasal daripada
perkataan ‘LOG’. Anda pasti pernah kenal dengan buku LOG. Memandangkan ‘LOG’
atau ‘DIARI’ ini disimpan dalam sIstem ‘WEB’ maka ia disebut sebagai ‘WEBLOG’. Bagi
memudahkan lagi sebutannya, WEBLOG disebut sebagai BLOG. Penulis-penulis blog
pula dikenali sebagai ‘BLOGGER’
BLOGGER.COM adalah salah satu penyedia tapak (penyedia web)
yang amat terkenal dikalangan blogger. Ia menjadi sangat popular berbanding
penyedia tapak blog yang lain kerana ia mudah digunakan. Pada asalnya
BLOGGER.COM adalah hak milik syarikat PyraLab yang akhirnya dibeli oleh
Syarikat Google.com sekitar tahun 2002.
Setelah beberapa tahun berlalu, blog mula mendapat kekuatan
sebenarnya. Bermula daripada sekadar ‘DIARI ELEKTRONIK’ untuk mereka yang suka
menulis pengalaman hidup dan pengetahuan dengan orang diluar sana, teknologi
blog kini mulai berkembang sebagai tapak perniagaan yang menguntungkan. Blog
memang sangat menguntungkan kerana ia adalah laluan PERCUMA dalam mempromosikan
perniagaan secara online. Blog menjadi pilihan kebanyakkan usahawan online atas
beberapa kelebihan yang tidak mampu disaingi oleh halaman web (website). Antara
kelebihan blog yang paling ketara adalah dari aspek pengendaliannya.
Pengendalian BLOG adalah semudah menggunakan perisian ‘Microsoft Word’. Dalam
erti kata mudahnya, seseorang yang boleh menaip dan menyimpan fail dalam
Microsoft Word pasti cekap dalam mengendalikan BLOG.
Kini dengan membina blog, ramai di antara Blogger di luar
sana yang telah mampu menjana pendapatan sampingan secara online sehingga enam
angka sebulan. Saya sendiri adalah salah seorang Blogger yang telah menjana
pendapatan yang mungkin agak luar biasa bagi sesetengah orang di luar sana. Membina
blog pada dasarnya adalah sangat mudah. Percayalah, ia tidak memerlukan anda
belajar sehingga bertahun-tahun untuk mahir sepenuhnya membina blog. Apa yang
anda perlukan adalah panduan yang betul. Pastinya anda boleh membina blog dalam
masa kurang sehari!
Anda berminat membina blog sendiri? Saya akan membimbing anda secara PERCUMA! Sila klik untuk mengiikuti tutorial bagaimana membina blog di sini.
Admin
www.ramzibakri.com
Anda berminat membina blog sendiri? Saya akan membimbing anda secara PERCUMA! Sila klik untuk mengiikuti tutorial bagaimana membina blog di sini.
Admin
www.ramzibakri.com

0 comments:
Post a Comment