Wednesday, October 2, 2013

Rebut RM1000 dengan blog sekarang!

Share & Comment
Geran Pelancaran RM1000 yang wajib di rebut oleh setiap usahawan telah dibuka untuk semua. Saya rasa syarat yang dikenakan adalah sangat mudah. Pada awal tahun ini (2013) Kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berkomitmen penuh membangunkan perniagaan usahawan bumiputera dengan mengumumkan peruntukan berjumlah RM50 Juta untuk memberi galakkan kepada para usahawan untuk memasarkan produk mereka secara atas talian. RM1000 (Bantuan / Geran Pelancaran Seribu Ringgit SKMM) ini dijangkakan dapat memberi manfaat yang besar kepada usahawan yang terlibat. Pada saya, ini adalah satu bentuk bantuan bernas yang mampu membawa perniagaan kecil-kecilan berdiri gah seperti perniagaan bertaraf lima bintang yang lain di pasaran dunia.

Geran Pelancaran RM1000 dibawah Program Get Malaysian Business Online disasarkan mampu menggalakkan lebih banyak usahawan bumiputera memasarkan perniagaan mereka secara atas talian. Beberapa hari yang lepas saya sendiri mendapat banyak tempahan daripada pelanggan yang rata-rata berniaga secara konvensional untuk membangunkan halaman web untuk perniagaan mereka. Siapa yang tidak mahu kalau ada seseorang yang menawarkan khidmat membina website pada harga RM350 sahaja! Modal RM350, dapat RM1000! Saya rasa ini adalah peluang keemasan yang harus anda rebut.

Sila baca syarat-syarat kelayakkan Geran Pelancaran RM1000 dibawah. Sekiranya anda layak untuk Geran Pelancaran RM1000 tersebut dan memerlukan perkhidmatan professional saya, saya akan bantu anda daripada pembinaan halaman blog (saya berkepakaran membina halaman blog yang sangat mirip halaman web) sehinggalah menghantar borang pendaftaran ke pada SKMM. Perkhidmatan membina website di luar sana memerlukan anda mengeluarkan lebih daripada RM1000 ringgit!. Tetapi saya tawarkan RM350 sahaja. Hubungi saya segera kerana perkhidmatan membina halaman blog professional yang saya tawarkan terhad untuk BEBERAPA ORANG sahaja!  Soalan dan Jawapan di bawah telah saya ambil daripada halaman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia:


SOALAN LAZIM (FAQs) GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE 1.

S: Apakah itu Get Malaysian Business Online?  
J: Get Malaysian Business Online adalah inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.      

2. S: Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?  
J: Syarat-syarat permohonan:
  1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro - jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
3. S: Bilakah saya boleh mula memohon?  
J: Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi.      

4. S: Bagaimana cara untuk saya memohon?  
J: Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di www.skmm.gov.my. Sekiranya pemohon tiada akses internet, permohonan boleh dilakukan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan.      

5. S: Bagaimanakah geran diagihkan?  
J: Geran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan.      

6. S: Berapa lamakah masa yang diambil untuk permohonan diproses?  
J: Permohonan yang diterima akan disemak dalam tempoh 30 hari bekerja. Proses kelulusan akan dilakukan setelah semua butiran adalah benar dan tepat.      

7. S: Apakah sebab permohonan ditolak?  
J: Permohonan ditolak disebabkan oleh beberapa faktor berikut:
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat;
  • Syarat-syarat tidak dipenuhi;
  • Permohonan telah dibuat oleh ahli kongsi usahawan/syarikat/perniagaan.
8. S: Berapa kali permohonan boleh dibuat?  
J: Setiap usahawan/syarikat/perniagaan hanya boleh memohon sekali sahaja.  
   
9. S: Bagaimanakah pemohon mengetahui bahawa permohonan telah diterima?  
J: Akuan penerimaan dan nombor rujukan akan diberikan oleh SKMM setelah borang permohonan telah diisi sepenuhnya dan dihantar.      

10. S: Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?  
J: Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui laman sesawang SKMM melalui nombor kad pengenalan pemohon.      

11. S: Adakah terdapat sebarang perjanjian antara usahawan dengan pihak SKMM setelah mendapat dana tersebut?  
J: Tiada.      

12. S: Adakah terdapat sebarang caj perkhidmatan bagi memohon geran tersebut?  
J: Tidak      

13. S: Adakah penerima geran perlu melaporkan penggunaan wang RM 1,000 yang diterima kepada SKMM ?  
J: Penerima geran tidak perlu menghantar laporan. Pihak SKMM akan membuat pemantauan dan tinjauan berterusan mengenai keberkesanan program.      

14. S: Adakah terdapat sebarang bantuan/geran susulan bagi membantu usahawan meneruskan perniagaan?  
J: Tiada      

15. S: Adakah terdapat sebarang bantuan atau syarat minima bagi membantu usahawan membuka akaun bank?  
J: Tiada.      

16. S: Adakah geran RM 1,000 ini hanya boleh digunakan untuk pembangunan laman sesawang atau kegunaan lain syarikat?  
J: Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya. Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya.      

17. S: Adakah usahawan lelaki dibenarkan untuk memohon geran tersebut?  
J: Ya.      

18. Saya adalah usahawan yang memasarkan perkhidmatan dalam talian. Adakah saya layak memohon?  
J: Anda layak memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.      

19. S: Adakah saya layak memohon sekiranya saya hanya memasarkan produk melalui laman blog dan facebook?  
J: Anda perlu mempunyai lawan sesawang (.com.my) atau (.my) bagi memasarkan perniagaan anda selain dari laman sosial yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan domain lain seperti .net.my/.org.my/.edu.my.      

20. S: Adakah geran RM 1,000 tersebut akan dibayar terus kepada saya atau disalurkan kepada pembangun laman sesawang tersebut?  
J: Geran akan disalurkan terus kepada usahawan/syarikat/perniagaan yang memohon melalui akaun bank yang didaftarkan.      

21. S: Saya mempunyai perniagaan tetapi masih belum berada dalam talian. Bagaimanakah saya hendak mendaftar dan membangunkan laman sesawang perniagaan saya?  
J: Pendaftaran alamat internet boleh dilakukan dengan .my DOMAIN REGISTRY melalui wakil-wakil jualan sah .my DOMAIN REGISTRY yang berdaftar. Senarai wakil-wakil jualan tersebut boleh didapati dipautan http://www.domainregistry.my/bm/reseller-list.php manakala pembangunan laman sesawang boleh dilakukan dengan mana-mana agensi atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembangunan laman sesawang.      

22. S: Perniagaan saya adalah perniagaan pemilikan tunggal. Adakah saya boleh menggunakan akaun bank peribadi bagi memohon geran tersebut?  
J: Ya.      

23. S: Saya mempunyai syarikat perniagaan tetapi tidak mempunyai akaun bank syarikat. Adakah saya layak mendapatkan geran ini?  
J: Ya. Akaun atas nama usahawan boleh digunakan.      

24. S: Saya mempunyai 3 buah syarikat. Adakah saya boleh memohon untuk ketiga-tiga syarikat tersebut?  
J: Tidak. Setiap individu/syarikat hanya boleh memohon sekali sahaja.

25. S: Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapakah patut saya ajukan?  
J: Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu gmbo@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013.      

26. S: Adakah pendaftaran secara talian ini akan beroperasi 24 jam?  

J: Sistem talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11 malam sehingga 7 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan mengemaskinikan data dapat dilakukan.
Tags:

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

Galeri Grafik

Hasil Kerja

Terima Kasih

Copyright © ramzibakri.com PROFESSIONAL BLOGGER | Designed by Templateism.com | Published by GooyaabiTemplates.com