Kali ini saya sambung pula topik Bina Laman Blog VS Bina Laman Web Siri yang ke 2. Kepada pembaca yang terlepas dengan artikel Bina Laman Blog VS Bina Laman Web Siri yang pertama anda boleh ke klik di sini :
Bina Laman Blog VS Bina Laman Web Siri 1. Terdapat informasi asas yang telah saya terangkan pada artikel siri pertama tersebut.
Baiklah, kita teruskan dengan perbandingan Halaman Blog dan Halaman Web. Kalau dalam siri pertama saya terangkan tentang tahap pengetahuan yang diperlukan, kos yang terlibat dan kemampuan pasaran dalam membina Halaman Blog dan membina Halaman Web, sekarang saya akan terangkan pula tentang kemampuan kedua-dua elemen Halaman Blog dan Halaman Web dari aspek kemampuannya berada ditangga teratas carian Google.
TENTANG GOOGLE
Semua orang tahu apakah fungsi Google. Google berfungsi sepertimana 'enjin carian' yang lain. Apa sahaja maklumat yang kita perlukan, kita akan taipkan dan cari di Google.com. Sebelum Google dikenali, lebih ramai pengguna internet mengenali dan menggunakan enjin carian seperti Yahoo.com, MSN.com dan banyak lagi. Bagaimanapun syarikat Google Inc. telah menggunakan strategi yang lebih baik dan meninggalkan pesaingnya yang lain jauh ke belakang. Kini syarikat Google bernilai berbillion dolar. Walaupun aset yang mereka milikki tidak sebanyak mana, namun nilai pada nama Google adalah sangat tinggi.
BAGAIMANA MELETAKKAN BLOG ATAU HALAMAN WEB DI KEDUDUKAN TERATAS GOOGLE?
Seperti yang saya terangkan sebelum ini, laman Blog adalah lebih mudah dikendalikan. Anda hanya perlu mahir menggunakan perisian mudah seperti Microsoft Word sebagai kayu ukur yang menandakan anda mampu menggunakan Blog. Berbanding halaman Web, anda perlukan kepakaran yang tinggi dan kebanyakkan pemilik halaman web mengupah 'web master' untuk mengendalikan halaman web mereka. Oleh itu, adalah sangat kurang pemilik halaman web 'mengupdatekan' kandungan halaman web mereka. Untuk pngetahuan anda, Google suka kepada informasi yang 'fresh'. Maksudnya informasi atau maklumat terkini yang diupdate lebih 'kerap' dalam sesebuah halaman blog atau halaman web akan menjadi indikator kepada Google memilih halaman web atau blog mana yang akan diletakkannya di 'rangking' paling atas dalam senarai carian di Google.com
Saya rasa anda boleh faham apa yang saya maksudkan. Halaman Blog adalah lebih mudah 'diupdate' pada bila-bila masa tanpa anda perlu meminta pertolongan kepada 'web master' anda untuk melakukannya. Maka secara mudahnya, anda akan lebih kerap menambah informasi atau maklumat terbaru di dalam blog anda yang akan menyebabkan halaman blog anda menjadi kesayangan Google. Kekerapan memasukkan informasi atau aklumat baru adalah kunci kepada kenaikkan 'rangking' sesuatu halaman blog atau halaman web di enjin carian Google.com. Perkara ini akan memastikan anda berpeluang besar berada di tangga teratas enjin carian yang mana akan menyebabkan ia mudah ditemui oleh pengguna Google. Perkara ini disebut sebagai 'trafik tinggi'. Apabila trafik blog anda tinggi, ia juga akan memudahkan anda membuat 'duit' secara online. Bagaimana mmbuat 'duit' secara online? Saya akan terangkan pada posting yang lain pula.
Setakat ini sahaja untuk hari ini dalam tajuk Bina Laman Blog VS Bina Laman Web Siri 2, jangan lupa pada update saya yang akan datang dalam Bina Laman Blog VS Bina Laman Web Siri 3 pula. Ada banyak lagi perkara yang anda perlu tahu tentang Halaman Blog dan Halaman Web. Jumpa lagi pada update yang akan datang!
0 comments:
Post a Comment