Salam sejahtera semua. Kali ini saya hendak bincangkan tentang membina Laman Blog VERSUS membina Laman Web. Persoalan ini sering kali diajukan kepada saya dan internet marketer (pakar pemasaran online) di luar sana. Pelbagai jawapan yang saya dengar daripada pakar pemasaran online yang lain. Tetapi penerangan yang mereka berikan agak 'digital' dan sangat sukar difahami oleh mereka yang baru mula bertapak dalam industri pemasaran online. Sebelum pergi lebih jauh tentang perbandingan dua gergasi penyedia maklumat online ini, biar saya terangkan apakah halaman web dan apakah halaman blog.
APAKAH HALAMAN WEB
Halaman web merupakan halaman yang memaparkan maklumat tentang sesebuah organisasi, atau individu, atau produk. Halaman web dibina oleh mereka yang dipanggil sebagai 'web master' atau 'pereka halaman web'. Untuk membina halaman web, seseorang web master hendaklah berkebolehan dalam mengendalikan perisian atau aplikasi reka bentuk web seperti Macromedia Dreamweaver dan Microsoft Front Page. Seorang web master juga perlulah berkemahiran dalam penggunaan 'programming code' seperti HTML, XML, JAVA SCRIPT, PHP dan banyak lagi. Dalam erti kata mudahnya, seseorang memerlukan pendidikan intensif dalam reka bentuk halaman web barulah mereka mampu membina sesebuah halaman web. Untuk pengetahuan anda, saya sendiri memerlukan empat tahun untuk menjadi 'web master'. Selain daripada itu, seseorang yang hendak membina halaman web diwajibkan membeli 'web hosting' dan 'web domain' untuk meletakkan halaman web mereka di internet.
APAKAH HALAMAN BLOG
Halaman blog mempunyai fungsi serupa dengan Halaman Web. Halaman Blog di'operasikan' oleh Blogger atau juga dipanggil sebagai Admin Blog. Untuk membina halaman blog, seseorang Blogger tidak perlu mempunyai kemahiran yang kritikal. Cukup sekadar 'boleh menaip dalam Microsoft Word'. Untuk menjadi Blogger yang terkenal, anda hanya perlu menulis sebanyak mana yang anda suka. Belajar untuk mahir membina Blog hanya memerlukan beberapa hari untuk sesetengah orang. Majoriti mereka yang belajar membina Blog hanya memerlukan beberapa jam untuk mahir membina blog. Selain daripada itu, Blogger tidak perlu membayar 'web hosting' atau 'domain hosting'. Ini kerana segalanya diberikan secara PERCUMA.
BINA HALAMAN BLOG ATAU BINA HALAMAN WEB?
Setelah saya terangkan apa yang dimaksudkan dengan halaman blog dan apa yang dimaksudkan dengan halaman web, saya rasa anda sendiri pasti sudah dapat membezakan kelebihan dan kekurangan kedua-dua elemen tersebut. Bahasa mudahnya, halaman Blog adalah sangat baik untuk mereka yang hendak memulakan perniagaan online. Ia MUDAH dioperasikan dan PERCUMA!
Selain daripada itu, biar saya jelaskan kepada anda. Di antara platform yang terbaik untuk kita memasarkan produk atau perkhidmatan atau idea kita secara atas talian adalah platform yang ada KABEL BESAR dengan enjin carian GOOGLE. Untuk pengetetahuan semua, BLOGGER adalah salah satu 'anak emas' kepada encik GOOGLE. Secara automatiknya mana-mana artikel atau apa-apa sahaja produk yang dipasarkan dengan blog atas platform BLOGGER akan secara mudah diketahui atau dijumpai oleh pengguna GOOGLE. Ini kerana GOOGLE menggunakan BLOGGER dalam menghasilkan pendapatan sehingga berbillion dolar sebulan!. Saya rasa anda mungkin sudah mendapat gambaran yang saya berikan.
Baiklah, setakat ini sahaja buat kali ini. Tunggu 'posting' saya yang akan datang. 'Bina Laman Blog VS Bina Laman WebSiri ke dua'. Banyak lagi yang akan saya bongkarkan kepada anda.
0 comments:
Post a Comment