Tentang Kami



Assalamualaikum warahamatullahhiwabarakatuh. Salam sejahtera buat semua. Alahamdullillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah Subahanahuwataala kerana dengan limpah kurnianya saya diberi kelebihan untuk menulis dan berkongsi pengalaman serta ilmu yang telah dikurniakanNya kepada saya.

Sebelum pergi lebih lanjut, biar saya perkenalkan diri saya. Nama saya Ramzi Bin Bakri dan berkepakaran tinggi dalam menyelesaikan masalah 'laman blog' yang sunyi sepi tanpa pengunjung yang mengakibatkan pemiliknya tidak mampu memperolehi apa-apa 'keuntungan' daripada blog mereka. Masalah ini sering dihadapi oleh para usahawan yang ingin memasarkan produk atau perkhidmatan mereka secara online tetapi tidak tahu teknik sebenar membuat pemasaran secara online. Dengan kepakaran dan pengalaman saya, saya boleh membantu usahawan online untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka ke pasaran dunia dan melonjakan jualan mereka sehingga TIGA KALI GANDA daripada sebelumnya.

Saya merupakan Blogger Professional dan berpengalaman lebih lima tahun dalam mereka bentuk dan membuat 'make over' kepada blog. Tidak kisah sama ada blog peribadi atau blog perniagaan, saya suka memberi sentuhan untuk meningkatkan daya penarik pada sesebuah blog. Saya kini berkhidmat dalam jabatan kerajaan dan menjadikan perkhidmatan rekabentuk blog serta 'make over' blog sebagai hobi utama. Saya juga adalah bekas graduan dalam bidang teknologi komputer dan mengkhusus khas dalam rekabentuk teknologi multimedia dan pembangunan halaman web pada tahun 2003.

Satu masa dahulu sekitar tahun 2005 saya memulakan langkah pertama untuk menjana pendapatan secara online. Pelbagai jenis 'peluang' yang ada di internet pada ketika itu telah saya cuba. Ribuan ringgit saya laburkan. Bagaimanapun apa yang saya perolehi hanyalah bebanan hutang akibat daripada 'percubaan' saya tanpa ILMU yang betul berkaitan pemasaran online. Saya melanggan pelbagai web hosting dan web domain, saya bina halaman web, saya laburkan wang dalam program yang boleh menaikkan 'rangking' web saya, saya beli pelbagai eBook mahal dalam bahasa Inggeris dengan harapan kandungan eBook tersebut akan merubah pendapatan online saya secara mendadak. Saya lakukan semua ini dengan membuat pinjaman peribadi. Walaupun jumlahnya sekitar RM5,000.00 pada ketika itu, ia sangat membebankan saya. Saya berhutang dengan syarikat pinjaman haram. Seperti juga peminjam lain, saya sering tidak 'bergaji' setiap hujung bulan. Tetapi saya terpaksa lalui semua itu. Saya terpaksa menipu orang tua saya setiap kali diminta membantu membayar bil-bil dan hutang bulanan keluarga. Saya berdosa pada mereka.

Setelah melalui semua itu, saya terus berhenti melakukan segala yang berkaitan dengan perniagaan online. Saya sudah serik. Sehinggalah pada awal tahun 2009 saya mengetahui tentang jutawan internet Malaysia iaitu Dr.Irfan Khairi. Saya beli buku beliau 'Internet Millionaire Secret Revealed' dan baca sehingga habis dalam masa kurang seminggu. Saya cuba cari 'hint' daripada buku tersebut. Rupa-rupanya saya menggunakan teknik yang salah satu ketika dahulu. Saya cuba praktikan teknik teknik beliau dan beberapa nama besar yang disyorkan oleh beliau dalam bukunya. Saya pelajari cara jutawan internet sebenar menjadi jutawan. Saya ikuti langkah mereka dan dalami ilmu membuat keuntungan melalui blog tanpa modal. Akhirnya saya berjaya menjana USD 0.56 saya yang pertama. Langkah saya tidak terhenti di situ, saya lakukan teknik yang sama dan kini saya berjaya menjana pendapatan sampingan sehingga enam angka. Semuanya saya lakukan hanya dengan Blog. Membina blog tanpa sebarang modal.

Saya harap dengan perkongsian ilmu yang saya ada ini, saya dapat membantu usahawan di luar sana menjadi usahawan online yang berjaya menjana pendapatan dengan blog. Saya tidak mahu mereka tertipu dengan pelbagai produk digital yang kononnya mampu memberi pulangan yang tinggi, tetapi hanya akan membawa mereka kepada kerugian akibat melakukan pemasaran melalui blog yang salah. Pelajarilah apa yang saya kongsikan di dalam blog Ramzi Bakri.com ini dan Insyalallah sekiranya anda melakukan teknik tersebut, anda akan berjaya menjana pendapatan melalui blog sehingga enam angka. Semoga perkogsian di blog Ramzi Bakri.com ini dapat di manfaatkan untuk diri anda dan orang di sekeliling anda.


Pengenalan Syarikat

Halaman web www.ramzibakri.com ini merupakan salah satu halaman web yang dimiliiki oleh syarikat bumiputera iaitu Otak Api Kreatif (No. Pendaftaran JM06151136-W) yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 22 Mac 2013 di Johor Bahru. Beroperasi secara dalam talian sepenuh masa, Syarikat Otak Api Kreatif di kawal selia dan berpusat di alamat NO.28, Jalan Kempas Indah 1, Taman Kempas Indah, 81300 Johor Bahru. Syarikat Otak Api Kreatif adalah Syarikat bertaraf milikkan tunggal yang dimilikki oleh En. Ramzi Bin Bakri. Beliau merupakan seorang graduan Jurusan IT yang berkebolehan dan berpengalaman dalam teknologi pembangunan web dan grafik.


Sekian,
Ikhlas
Admin ramzibakri.com

0 comments:

Post a Comment

 

Galeri Grafik

Hasil Kerja

Terima Kasih

Copyright © ramzibakri.com PROFESSIONAL BLOGGER | Designed by Templateism.com | Published by GooyaabiTemplates.com